CIPTA SUCCESS MARKETING


CIPTA SUCCESS MARKETING (CSM) merupakan syarikat pengilang dan pengedar produk minuman kesihatan berasaskan susu kambing asli. Perniagaan syarikat ini telah diterajui lebih daripada 10 tahun. CSM ditubuhkan pada bulan Mac 2005 dan 100 peratus hakmilik penuh bumiputera Islam . Syarikat ini berlokasi di Premis SME Bank Seremban, Lot 39, Jalan Lombong Emas 5, Taman Perindustrian Ringan Tun Dr. Ismail, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.


CIPTA SUCCESS MARKETING (CSM) mempunyai 2 buah anak syarikat dibawah naungannya iaitu :
1) CSM HIJRAH
2) CSM MANUFACTURING.

Jenama Tok’Ali merupakan jenama minuman kesihatan yang dikeluarkan dan dikilang oleh Cipta Success Marketing dan diedarkan secara eksklusif oleh CSM HIJRAH. Keseluruhan produk yang dikeluarkan mempunyai tarikan dan keunikan yang tersendiri. Bahan utama yang digunakan dalam setiap produk adalah daripada susu kambing asli tulen diperolehi daripada kilang pemprosesan terkenal, berkonsepkan mesra alam serta dijamin bebas daripada bahan kimia berbahaya dan tiruan.


Website : www.csm2u.com.my
FB : Susu Kambing Tok' Ali

Thursday, September 4, 2014

1001 Kelebihan Habbatus sauda


Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda “Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati”

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Habbatus Sauda ini ialah satu supplement/ubat yang membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat.

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.



ANTARA KHASIAT HABBATUS SAUDA' :

1)Memberi Tenaga

2)Meningkatkan IMUNISASI

3)Anti Inflamasi

4)Melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi)

5)Mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

6)Anti Bakteria-mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

7)Membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

8)Merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

9)Membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

10)Meningkatkan Daya Ingatan - Mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

11)Merawat Tenaga Batin - Impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

12)Mengecutkan KETUMBUHAN (Anti – Tumor) - Sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

13)Mengawal Kolestrol dan Kadar GULA dalam darah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...