CIPTA SUCCESS MARKETING


CIPTA SUCCESS MARKETING (CSM) merupakan syarikat pengilang dan pengedar produk minuman kesihatan berasaskan susu kambing asli. Perniagaan syarikat ini telah diterajui lebih daripada 10 tahun. CSM ditubuhkan pada bulan Mac 2005 dan 100 peratus hakmilik penuh bumiputera Islam . Syarikat ini berlokasi di Premis SME Bank Seremban, Lot 39, Jalan Lombong Emas 5, Taman Perindustrian Ringan Tun Dr. Ismail, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.


CIPTA SUCCESS MARKETING (CSM) mempunyai 2 buah anak syarikat dibawah naungannya iaitu :
1) CSM HIJRAH
2) CSM MANUFACTURING.

Jenama Tok’Ali merupakan jenama minuman kesihatan yang dikeluarkan dan dikilang oleh Cipta Success Marketing dan diedarkan secara eksklusif oleh CSM HIJRAH. Keseluruhan produk yang dikeluarkan mempunyai tarikan dan keunikan yang tersendiri. Bahan utama yang digunakan dalam setiap produk adalah daripada susu kambing asli tulen diperolehi daripada kilang pemprosesan terkenal, berkonsepkan mesra alam serta dijamin bebas daripada bahan kimia berbahaya dan tiruan.


Website : www.csm2u.com.my
FB : Susu Kambing Tok' Ali

Monday, September 8, 2014

KELEBIHAN SUSU KAMBING MADU



Madu adalah salah satu penawar yang tertua di dunia. Walaupun rasanya manis, ia mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat untuk manusia.

Madu mempunyai 1,001 kebaikan dan khasiat. Tidak dinafikan madu sa­ngat baik untuk sistem badan kita. Namun, sejauh manakah kita tahu khasiat madu?

Khasiat madu lebah bagi tujuan perubatan sememangnya diketahui umum. Hari ini madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Menurut Dr Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

Secara semula jadi, madu berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...